Bung saran wajibkan vaksin mandatori kepada semua rakyat

Bung saran wajibkan vaksin mandatori kepada semua rakyat

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyarankan kerajaan supaya mewajibkan pemberian vaksin Covid-19 secara mandatori kepada semua rakyat di negara ini.

Memetik dalam laporan Malaysia Post hari ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, perkara berkenaan adalah bagi memastikan keseluruhan rakyat Malaysia divaksin bagi kebaikan semua pihak.

“Wajibkan vaksin, jadikan mandatori. Tak boleh ada yang mahu, ada yang tak mahu. Bahaya kita. Saya yakin bila sudah divaksin, kita boleh hidup dalam komuniti yang semua sudah ada vaksin.

“Kalau di US (Amerika Syarikat), di Rusia, mereka pergi rumah ke rumah, check (periksa) rumah ke rumah.

“Kita di sini bahaya pula. Patutnya di kampung-kampung tidak perlu panggil-panggil, kita pergi rumah ke rumah, asal dia belum ambil vaksin, bagi dia suntikan, baru kita selamat,” katanya memetik dalam laporan portal tersebut pada sidang khas Parlimen hari ini.
Bung Moktar terdahulu dalam sesi yang sama mendedahkan, pandemik Covid-19 telah banyak memusnahkan negara dan ekonomi, justeru tindakan pantas haruslah diambil bagi memulihkan keadaan sedia ada.

“Gunalah kepintaran yang ada, belilah (vaksin) banyak-banyak. Macam di Singapura, penghuninya empat juta tapi dia sudah order (tempah) 20 juta dos. Kenapa kita tidak boleh, apa masalah kita,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|