Bung Moktar, SAFA ucap takziah kepada James Wong

Bung Moktar, SAFA ucap takziah kepada James Wong

Kota Kinabalu: Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) mengucapkan takziah kepada bekas penyerang skuad negara, Datuk James Wong atas pemergian ayahandanya, mendiang Wong Hean Ming, baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Agungnya, Azman Mastar, berkata pihak persatuan turut bersimpati dengan keluarga mendiang khususnya James atas pemergian ayah tersayang beliau.

Katanya, Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan seluruh warga SAFA mengucapkan takziah kepada James dan keluarganya.

Menurut Azman, pengorbanan dan kejayaan mendiang Wong membentuk tiga anaknya menjadi pemain kebangsaan sebelum ini adalah sangat dihargai.

Tiga pemain itu termasuk penyerang sensasi James Wong selain Tony Wong dan Harry Wong.

“James Wong adalah ‘striker’ yang mengharumkan nama negara apabila berjaya membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik di Moscow pada 1980,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Selain mereka, tiga lagi adiknya Vincent, Johnny dan Freddy Wong pernah mewakli skuad negeri pada masa lalu.

“Pembabitan keluarga Wong ini dalam sukan bola sepak baik dalam negeri mahupun negara sangat mengkagumkan dan kita sangat menghargai serta mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih,” katanya.

Azman berharap James dan keluarganya bersabar di atas pemergian mendiang.

-Deasoka

Share

Written by:

1,766 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!