Bomba selamatkan 15 mangsa terperangkap banjir

Bomba selamatkan 15 mangsa terperangkap banjir

Sipitang: Seramai 15 mangsa banjir yang terperangkap dalam rumah di Kampung Tanjung Lipis dan Kampung Pantai, di sini, diselamatkan pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.59 tengah malam pagi.

Katanya, operasi menyelamat kemudiannya dilancarkan dengan diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shadan Basar bersama kekuatan tujuh anggota bomba.

“Mangsa terdiri daripada empat sekeluarga dari Kampung Tanjung Lipis dan dua keluarga membabitkan 11 individu.

“Semua mangsa diselamatkan dari rumah masing-masing menggunakan bot aluiminium sebelum dihantar ke rumah saudara mara mereka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, operasi tamat pada 2.50 pagi tadi tanpa sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|