BMW terbakar, pemandu terselamat

BMW terbakar, pemandu terselamat

Kota Kinabalu: Seorang pemandu BMW terselamat selepas kenderaan dipandunya tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Jalan Kingfisher, Likas di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman terus dijalanka menggunakan sumber air dari jentera.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan keadaan lalu lintas juga berjaya dikawal sebaiknya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.43 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|