Kota Kinabalu: Mesej tular hari ini yang mengatakan penyanyi Ebi Kornelis ditidurkan pihak hospital berikutan keadaannya yang semakin serius akibat jangkitan Covid-19 adalah berita palsu.
Perkara itu disahkan sumber yang boleh dipercayai selain turut dikongsi laman Facebook milik sebuah stesen radio kerajaan yang turut mengesahkan Ebi dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini.
Selain Ebi, ayahnya yang sebelum ini dilapor menjalani rawatan akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth (QEH) juga dikatakan sudah dibenarkan keluar hospital semalam.
Kelmarin, Ebi menerima khabar duka mengenai kematian ibunya, Reni Bakar, 81, yang meninggal dunia beberapa jam selepas dibawa ke hospital dipercayai akibat jangkitan teruk Covid-19.
Ebi sebelum ini berkongsi di laman Facebooknya mengenai keadaan diri dan keluarganya yang dijangkiti Covid-19, malah beliau sendiri dirawat di hospital selepas mengalami sesak nafas.
-Deasoka