Bekalan jalur gemilang, bendera negeri wajar diperbanyakan

Bekalan jalur gemilang, bendera negeri wajar diperbanyakan

Kota Kinabalu: Bekalan jalur gemilang dan bendera negeri Sabah wajar diperbanyakkan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan rakyat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan berkata, peniaga seharusnya mencari jalan untuk mendapatkan bekalan mencukupi.

Katanya, hasil tinjauan yang dilakukan, rakyat di negeri ini didapati sukar mendapatkan bekalan di banyak kedai termasuk pasaraya yang ada di negeri ini.

“Kesukaran mendapatkan bekalan jalur gemilang dan bendera negeri membantutkan semangat rakyat Sabah dan Malaysia untuk mengibarkan bendera.

“Saya harap kerajaan juga dapat mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan jualan bendera di premis-premis di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada program Edaran Jalur Gemilang di Masjid Putera Perdana, di sini, hari ini.

Aliakbar berkata, kerajaan juga perlu memastikan urusan penghantaran bekalan bendera ke negeri ini diambil perhatian.

Katanya, ia selaras dengan pembukaan ekonomi negara sejak beberapa bulan lalu.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat juga mempunyai semangat berkobar-kobar untuk mengibarkan jalur gemilang.

“Jadi saya harap perkara ini boleh diselesaikan dengan segera,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|