Beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dinaiki air

Beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dinaiki air

Kota Kinabalu: Beberapa lokasi di sekitar laluan tumpuan di Kota Kinabalu dan Penampang dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

Hasil tinjauan Deasoka.com, terdapat laluan-laluan melibatkan kawasan Kolombong, Inanam, Bundusan serta beberapa lokasi di sekitar daerah Penampang dinaiki air dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, setakat ini berdasarkan laporan awal dua jalan di daerah Penampang iaitu Jalan Datuk Panglima Banting dan Jalan Kolopis dengan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang dibuka setakat ini.

“Hujan lebat berlaku bermula tengah malam semalam sehingga kini dan pihak APM Sabah bersama agensi terlibat sedang melakukan pemantauan rapat di lokasi hot-spot banjir di sekitar daerah Penampang.

“Untuk makluman, Kampung Sugud, Penampang dilaporkan dinaiki air dan sebarang perkembangan, kita akan bawakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut jurucakap APM Sabah, bacaan terkini paras air di daerah tersebut mencecah 702 meter setakat ini.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan di Sipitang, dua perkampungan melibatkan Kampung Manangah Ulu dan Kg Sungai Tiga dilaporkan terjejas akibat banjir dan sebuah PPS di Dewan Mini Mesapol, kini dibuka kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|