Bau busuk rupanya mayat manusia

Bau busuk rupanya mayat manusia

Kota Kinabalu: Mayat lelaki dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari ditemui di kuaters pekerja binaan di Jalan Rampayan, Manggatal, di sini, semalam.

Mayat lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori ditemui rakan sekerjanya jam 9 pagi selepas terhidu bau busuk.

Kakitangan dari Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) berada di lokasi kejadian bagi mengendalikan mayat terbabit.

Sepasukan polis yang turut lengkap memakai PPE berada di lokasi kejadian untuk siasatan.

-Deasoka

Share

Written by:

1,936 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!