ATM minimakan risiko kemalangan eksesais

ATM minimakan risiko kemalangan eksesais

Kota Belud: Kemalangan sukar dielakkan namun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan sentiasa meminimakan risiko membabitkan anggotanya dalam setiap program eksesais dijalankan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, setiap latihan yang dijalankan, pihak ATM perlu melakukannya dalam situasi perang sebenar.

Oleh itu katanya, risiko kemalangan sentiasa berpotensi terjadi dari semasa ke semasa sepanjang latihan berkenaan dijalankan.

“Apabila latihan dilakukan, memang kita membuatkannya dalam sesuatu keadaan seperti dalam perang sebenar. Jadi risiko itu memang tinggi.

“Berkenaan kemalangan, amat mustahil untuk kita kawal tetapi kita sentiasa cuba meminimakan risiko berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Eksais Ababi 2021 (Latihan Tembakan Kuasa Udara) di Lapang Sasar Udara (Lasarud), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kemalangan membabitkan anggota tentera 10 Briged Para yang lemas, ketika menjalani Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Bera, Pahang, 29 Ogos lalu.

Afendi berkata, tidak dinafikan pernah berlaku kemalangan ketika eksesais dijalankan ATM sebelum ini.

“Kemalangan ketika dalam latihan ini tidak selalu terjadi dan ia lebih kepada kejadian terpencil,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|