Asnaf fakir terima bantuan

Asnaf fakir terima bantuan

Kota Kinabalu: Seramai 9,800 orang penerima bantuan bulanan (asnaf fakir) yang berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan menerima bantuan tambahan “one off” RM150.00 bulan ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.47 juta.

Katanya, asnaf dan fakir tersebut menerima bantuan bulanan daripada Bahagian Zakat dan Fitra MUIS diantara RM200 hingga RM300 sebulan.

“Kita membelanjakan sejumlah RM30 juta setahun bagi menyalurkan bantuan bulanan kepada 9,800 orang (asnaf fakir).

“RM150.00 ini adalah bantuan tambahan “one off” kepada mereka berikutan PKP 3.0″, katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan cek bantuan khas itu daripada Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri, Faimin Kamin di Wisma MUIS, hari ini.

Arifin berharap bantuan tambahan “one off” itu dapat membantu meringankan beban keluarga asnaf dan fakir dalam menghadapi PKP 3.0.

Beliau turut mengumumkan Bantuan Khas “one off” RM500.00 kepada petugas mesra ibadah yang aktif dan dilantik oleh Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS)/ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, dianggarkan seramai 280 orang petugas mesra ibadah (penyelanggara jenazah) seluruh Sabah akan menerima bantuan khas itu, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM140,000.

“Ini merupakan bantuan khas untuk mereka atas perjuangan menyelenggara jenazah semasa PKP 3.0”, tambahnya.

Pengarah JHEAINS, Datuk Saifulzaman Sangul menerima cek bantuan khas itu daripada Ramlan Awang Ali di majlis itu.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|