Armada Sabah sambut baik PEMULIH dan pelaksanaan PPN Fasa 1

Armada Sabah sambut baik PEMULIH dan pelaksanaan PPN Fasa 1

Kota Kinabalu: Armada BERSATU Sabah menyambut baik Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 billion seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.


Selain itu, Armada juga menyokong keputusan Kerajaan Negeri melaksanakan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 bermula hari ini dengan mengekalkan kebanyakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0., seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam.


Naib Ketua Armada Negeri, Rafie Robert (gambar) berkata, bantuan kewangan di bawah PEMULIH seperti yang diumumkan itu sudah pasti memberikan impak yang besar terhadap rakyat di negara ini.


“Moratoirum selama enam bulan yang diberikan juga pasti memberikan nafas lega kepada semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, PEMULIH bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat.

Katanya, bantuan itu menumpukan kepada tiga focus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat; Menyokong Perniagaan; dan Meningkatkan Vaksinasi.

Mengenai pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 di Sabah, Rafie berkata kebenaran untuk beberapa lagi sector ekonomi dan sosial di negeri ini beroperasi sememangnya amat dialu-alukan oleh semua.

Beliau merujuk kepada kenyataan Hajiji yang berkata beberapa aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenar beroperasi termasuk makan di restoran, kedai makan dan restoran dalam hotel, serta gerai sayur, ikan dan buah di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

Selain itu, aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak melibatkan sentuhan seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan. Bagi aktiviti pembuatan, ia akan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, serta kilang-kilang berasaskan kayu dan perabot.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|