Anak Musa Aman meninggal dunia

Anak Musa Aman meninggal dunia

Kota Kinabalu: Seorang anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan melalui kenyataan media dikeluarkan pejabat Musa yang menyebut anak lelakinya, Mohammed Hayssam meninggal dunia hari ini.

“Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam bin Musa pada 24 Ogos 2021.

“Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini.

“Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” kata kenyataan itu.

Arwah juga adalah adik kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dan menantu kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Pemergian anak ketiga Musa itu tersebar di media sosial berdasarkan ucapan takziah beberapa pihak sebelum disahkan melalui kenyataan media dari pejabat Musa dan sumber terdekat yang lain.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|