Anak gajah diselamatkan

Anak gajah diselamatkan

Lahad Datu: Seekor anak gajah Borneo jantan dipercayai terpisah daripada kawanannya diselamatkan Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Anak gajah berusia setahun itu ditemui oleh pekerja ladang di Ladang Felda Sahabat 9, Baiduri Ayu, di sini, Khamis lalu.

Pegawai JHL Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, sebaik dimaklumkan mengenai penemuan anak gajah itu, sepasukan kakitangan JHL Lahad Datu ke lokasi berkenaan untuk pemeriksaan.

“Kakitangan JHL lahad Datu sudah berusaha untuk menyatukan kembali anak gajah itu dengan kawanannya.

“Namun malangnya anak gajah itu tidak diterima oleh kumpulan gajah dewasa menyebabkan kakitangan WRU menyelamat anak gajah itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, anak gajah itu dinamakan sebagai Yuri iaitu singkatan daripada lokasi ia ditemui.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan ringan dibahagian kulit depan kiri dan kepala namun Yuri kelihatan riang

“Ia juga mempunyai selera makan yang baik dan kencing serta buang air besar dengan baik,” katanya.

Tambahnya, kini Yuri dibawa ke Pusat Rehabilisasi Orang Hutan Sepilok untuk penjagaan dan pemantauan lanjut.

-Deasoka

Anak gajah yang berjaya diselamatkan JHL Sabah dalam kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|