8 rumah, gereja Kampung Babah Bunduon musnah terbakar

8 rumah, gereja Kampung Babah Bunduon musnah terbakar

Penampang: Lapan rumah, tiga kenderaan dan sebuah gereja musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Babah Bunduon, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kebakaran yang membabitkan 10 keluarga yang berlaku pada jam 8.30 pagi itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama dua jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba api sudah membakar sebahagian besar rumah di kampung berkenaan dan operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 91 meter dengan dua pancutan sumber air dari tangki jentera bomba,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 9.20 pagi dan setakat ini operasi masih diteruskan.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|