Anak Sabahan ‘frontman’ Trifox bangga ada lagu patriotik

Anak Sabahan ‘frontman’ Trifox bangga ada lagu patriotik

Kota Kinabalu: Bait lagu berjiwa patriotik menjadi taruhan kepada kumpulan bergenre Punk, Rock & Roll yang diberi nama Trifox.

Bagi vokalis dan gitaris kumpulan tersebut, Midi atau nama sebenarnya, Tazmidi Henarin yang berasal dari daerah Tuaran, Sabah ini mendedahkan, lagu Teriakan Merdeka dihasilkan pihaknya dengan Finalis GV7, Oja selaku produser lagu, mampu menaikkan semangat cintakan negara.

Single terbaru Trifox Teriakan Merdeka dihasilkan pihaknya dengan Finalis GV7, Oja selaku produser lagu.

Menurut beliau, single terbaru Trifox itu mengetengahkan muzik Punk dengan lirik ke arah menyeru rakyat mempertahan keamanan sedia ada selain menghargai jasa pejuang-pejuang negara sedikit masa dahulu.

“Kumpulan kami baru bertapak dalam arena hiburan tanahair dengan mempertaruhkan elemen muzik Punk, Rock & Roll.

“Lagu Teriakan Merdeka ini dihasilkan dalam usaha kami menyeru orang ramai dan khususnya penggemar muzik untuk menyemai semangat patriotik selain mengimbau jasa-jasa mereka yang pernah berkorban demi negara pada suatu ketika dahulu, bahkan masa sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Deasoka.com.

Trifox dianggotai empat anak muda iaitu Midi (Sabah) – Vokal dan Gitar, Iskandar (Selangor) – Gitar, Mixie (Kedah) – Bass dan Gbam (Perak)- Drum.

Kumpulan ini juga telah melancarkan MV ‘Teriakan Merdeka’ menerusi laman YouTube Tunable Record untuk disajikan kepada peminat-peminat muzik tempatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|