7 kedai musnah terbakar di Kampung Perancangan

7 kedai musnah terbakar di Kampung Perancangan

Ranau: Satu deretan kedai yang menempatkan tujuh kedai di Kampung Perancangan, di sini, musnah terbakar, malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7.59 malam, pasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau yang tiba di lokasi kejadian segera melakukan operasi pemadaman.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan pancutan jentera, pam angkut dan sumber air sungai.

“Kebakaran membabitkan satu deret kedai menempatkan tujuh kedai terbakar sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi terkawal jam 9.33 malam.

“Pasukan bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 10.06 malam. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|