69 mangsa masih ditempatkan di PPS

69 mangsa masih ditempatkan di PPS

Kota Kinabalu: Seramai 69 mangsa banjir Sabah masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini, berikutan kebanyakan kawasan tempat tinggal mereka masih dinaiki air.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, semua mangsa itu membabitkan 19 keluarga di dua PPS bagi daerah Sipitang dan Kota Belud setakat jam 9 pagi tadi.

Katanya, bilangan mangsa banjir yang paling ramai dipindahkan ke PPS ketika ini adalah daerah Sipitang.

“Seramai 33 orang mangsa membabitkan 10 keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Mini Mesapol.

“Manakala 36 lagi individu dari sembilan keluarga pula masih ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tamau,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri turut memaklumkan, walaupun mangsa terjejas banjir yang berada di PPS semakin berkurang namun pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan bencana alam sama boleh berulang kembali.

Katanya, ia ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|