63 pesalah trafik diminta tampil

63 pesalah trafik diminta tampil

Penampang: Seramai 63 individu dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, semua individu yang disenaraikan itu diminta segera tampil bagi melancarkan proses siasatan.

Katanya, pihaknya juga memohon orang ramai yang mengenali mana-mana individu di dalam senarai berkenaan supaya memaklumkan penama berkaitan untuk hadir ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), IPD Penampang.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ketua BSPT, Inspektor Jufri Usman ditalian 013-8845763 atau Pegawai Pendakwa Trafik Daerah, Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa di talian 013-2006086.

“Selain itu, mereka juga boleh menghubungi Penyelia Mahkamah Trafik Daerah, Koperal Johnny Tegong ditalian 010-2003619,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Haris berkata, orang ramai juga boleh menghubungi pejabat ditalian 088-712930 atau hadir terus ke pejabat BSPT IPD Penampang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|