6 hektar lalang terbakar

6 hektar lalang terbakar

Ranau: Sebidang tanah terbiar yang dipenuhi lalang seluas kira-kira enam hektar terbakar dalam kejadian di Batu 36, Kampung Kinasaraban, Kundasang, di sini, hari ini.

Kejadian yang berlaku pada jam 11.45 pagi itu bagaimanapun dapat dikawal sebelum terus merebak ke kawasan perkampungan berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.57 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota yang diketuai pegawai Kup Norazly Nauty bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran berlaku dalam kawasan seluas anggaran lima hingga enam hektar di sebelah kiri bahu Jalan Ranau – Tamparuli.

“Pasukan bomba kemudiannya segera membentangkan satu aliran pancutan air untuk mengawal kebakaran,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 12.38 tengah hari sebelum dipadam sepenuhnya, tujuh minit selepas itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka semasa musim panas dan kering ketika ini.

Katanya, sekiranya pembakaran tidak dapat di elakkan, ianya perlu dipantau dan dikawal, agar dapat mengelakkan kemerebakan api ke kawasan yang berhampiran.

“Sebarang kecemasan Kebakaran atau khidmat Khas boleh menghubungi BOMBA RANAU ditalian 24 jam (088-878779 ) atau dail Mers999,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|