528,234 murid, pelajar di Sabah kembali ke sekolah mulai hari ini

528,234 murid, pelajar di Sabah kembali ke sekolah mulai hari ini

Kota Kinabalu: Seramai 528,234 murid dan pelajar sekolah di Sabah kembali mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di semua sekolah rendah dan menengah seluruh negeri bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 209,906 orang adalah pelajar sekolah menengah, termasuk dari Kolej Vokasional dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM), manakala 318,328 orang lagi adalah murid sekolah rendah.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin, berkata jumlah itu membabitkan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, manakala bagi institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, seramai 10,938 murid dan pelajar hadir ke sekolah mulai hari ini.

“Berdasarkan statistik Jabatan Pendidikan negeri, kehadiran ke sekolah untuk sesi PdP bersemuka membabitkan seramai 27,924 orang murid pra sekolah, diikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) seramai 3,105 orang, Tahun 1 (47,391), Tahun 2 (48,227), Tahun 3 (49,683), Tahun 4 (48,340), Tahun 5 (47,164) dan Tahun 6 (46,494),” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi kehadiran pelajar sekolah menengah, katanya ia membabitkan seramai 3,415 pelajar PPKI, diikuti Tingkatan 1 (40,951), Tingkatan 2 (38,264), Tingkatan 3 (37,204), Tingkatan 4 (35,107), Tingkatan 5 (34,033), Tingkatan 6 Atas (7,333), Tingkatan 6 Bawah (8,739), Kolej Vokasional (4,647) dan SSM Sabah (213).

Bagi sekolah rendah swasta, katanya seramai 279 adalah murid tadika, diikuti PPKI (30), Tahun 1 (445), Tahun 2 (472), Tahun 3 (488), Tahun 4 (397), Tahun 5 (392) dan Tahun 6 (369).

Sementara itu, katanya sekolah menengah swasta membabitkan seramai 1,263 pelajar Tingkatan 1, diikuti Tingkatan 2 (1,347), Tingkatan 3 (1,281), Tingkatan 4 (1,592), Tingkatan 5 (1,458), Tingkatan 6 Atas (305), Tingkatan 6 Bawah (397) dan Sekolah Antarabangsa (423).

Kehadiran murid dan pelajar sekolah harian, kecuali di sekolah kurang murid (SKM) bagaimanapun dilaksanakan secara penggiliran seperti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan sebelum ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|