45 kampung terjejas banjir di Beaufort, 15 kampung di Membakut

45 kampung terjejas banjir di Beaufort, 15 kampung di Membakut

Beaufort: Sebanyak 45 kampung di daerah ini dan 15 kampung di daerah kecil Membakut dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Padas dan Sungai Membakut sejak malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort, berkata setakat jam 9.46 pagi tadi bacaan kedalaman air di kedua-dua sungai melebihi paras bahaya iaitu 9.26 meter di Sungai Padas dan 7.36 meter di Sungai Membakut.

Bacaan paras waspada bagi Sungai Padas di Beaufort ialah 7.5 meter, diikuti 8.0 meter paras amaran dan 8.7 meter paras bahaya, manakala di Sungai Membakut paras waspada ialah 4.5 meter, diikuti 5.6 meter paras amaran dan 6.8 meter paras bahaya.

Katanya, kampung terjejas banjir di Beaufort setakat ini ialah Binunuk, Balibata, Simpang Empat, Bakalau, Sungkadan, Melalugus, Batandok Lubak, Melati, Lumatai, Mempagar, Kuarters SESB Beaufort, Kuarters Kereta Api, Kampung Lawa, Lago, Suasa, Kangsa, Berumbai, Bangkalalak, Batu 60, Batu 58, Jempangah, Kitalabak Lumatai, Luagan Sanginan dan Laboi.

Selebihnya ialah Kampung Bingkul, Mapait, Limbawang, Lajau, Lubak, Poribg Lupak, Lupak, Tuhu, Selinsing, Beringin, Gadong, Kebajang Ulu, Kukup, Jabang, Mentulud, Batu 64, Lupak Seberang, Kampung Cina, Kurian Padas Damit, Kebulu dan Menanjung.

Sementara itu, di daerah kecil Membakut, antara kawasan dilanda banjir ialah Kampung Bambangan, Sinoko, Sindok, Baitam Ulu, Baitam Laut, Baitam Baru, Jambatan Baru, Lumantak, Papas, Lampijas, Kayai, Dungau, Brunei dan pekan lama Membakut.

Video rakaman banjir di sekitar Beaufort. Ihsan APM

Dalam pada itu, katanya 11 laluan di Beaufort ditenggelami air dengan ada antaranya tidak dapat dilalui kenderaan, antaranya Jalan Binunuk, Jalan Balibata, Jalan Simpabg Empat, Jalan Melalugus, Jalan Batandok Lubak, Jalan Lawa, Jalan Suasa, Jalan Bangkalalak, Jalan Mahkamah, Jalan Luagan Sanginan, Jalan Kangsa, Jalan Berumbai dan Jalan Batu 60.

Di Membakut, sebanyak 13 laluan dikenal pasti ditenggelami banjir setakat ini iaitu Jalan Bambangan, Jalan Sinoko, Jalan Simpang Kampung Poring, Jalan Baitam, Jalan Baitam Ulu, Jalan Baitam Laut, Jalan Baitam Baru, Jalan Pekan Lama, Jalan Jambatan Baru, Jalan Kayai, Jalan Lampijas, Jalan Papas dan Jalan Kampung Brunei.

Bagaimanapun, katanya belum ada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini, namun sebuah pusat pemindahan banjir sudah bersiap sedia untuk dibuka iaitu di Dewan Datuk Mohd Dun Banir, Beaufort.

Katanya, hujan lebat berterusan di kawasan hulu Sungai Padas dan Sungai Membakut sejak kelmarin antara punca air di kedua-dua sungai melimpah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|