421 mangsa banjir Melalap terima bantuan

421 mangsa banjir Melalap terima bantuan

Tenom: Seramai 421 individu yang terkesan akibat bencana banjir di Melalap, Tenom, baru-baru ini, menerima bantuan ehsan daripada pihak kerajaan.

Bantuan ehsan berupa wang tunai berjumlah RM500 itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan, Datuk Raimi Unggi dalam satu majlis di Dewan DSP Antanom, Tenom.

Bantuan ehsan berupa wang ringgit disampaikan oleh Datuk Raime Unggi.

Menurut Raimi, bantuan tersebut merupakan tanda keperihatinan berterusan daripada pihak kerajaan kepada mereka yang memerlukan.

“Pada majlis ini, seramai 421 individu menerima bantuan wang ehsan RM500 susulan insiden bencana banjir di kawasan mereka baru-baru ini.

“Kita di pihak kerajaan berharap dengan ada bantuan ini, bolehlah sedikit sebanyak membantu mereka yang terkesan ini,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Pegawai Daerah Tenom, Sungkim Rumangun.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|