Kota Marudu: Seramai 116 mangsa membabitkan 38 keluarga dipindahkan selepas kampung mereka dinaiki air, sejak malam tadi.
Semua mangsa membabitkan 56 lelaki dan 60 wanita terbabit dipindah ke dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang dibuka selepas kejadian banjir dilaporkan berlaku.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, dua PPS yang dibuka adalah di Dewan St Theresa dan Dewan Sekolah Menengah Gosen.
Katanya, setakat ini, pasukan bomba masih melakukan operasi memindahkan mangsa ke PPS dari kawasan banjir.
“Operasi membabitkan 10 anggota dan pegawai bersama sebuah lori serta bot yang dikerah ke lokasi banjir.
“Pasukan bomba seterusnya melakukan rondaan di kawasan yang berisiko banjir dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
-Deasoka