39 peratus penduduk lengkap vaksin

39 peratus penduduk lengkap vaksin

Kota Kinabalu: Sebanyak 39 peratus penduduk dewasa Sabah sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19 setakat jam 3 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata, sebanyak 54 peratus penduduk dewasa di Sabah pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

“Sabah sedang menghampiri angka 40 peratus jumlah penduduk dewasa yang sudah melengkapkan pengambil dos vaksin.

“Setakat jam 3 petang ini (31/8), seramai 39 peratus penduduk dewasa negeri Sabah sudah memperolehi dos vaksin yang lengkap dan 58.4 peratus telahpun mengambil satu dos,” katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Masidi berkata kerajaan negeri mensasarkan jumlah penduduk dewasa di Sabah lengkap dua doa vaksin boleh mencapai 40 peratus menjelang malam Hari Kebangsaan, hari ini.

Sabah kini berusaha untuk mempercepatkan pemberian vaksin lengkap kepada penduduk di negeri ini bagi mempercepatkan imuniti kelompok dan menangani peningkatan kadar jangkitan Covid-19.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|