PKKKL serah bantuan kepada 15 kanak-kanak

PKKKL serah bantuan kepada 15 kanak-kanak

Labuan: Tarikh keramat 31 Ogos bersamaan hari kebangsaan menjadi simbolik kepada Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Labuan (PKKKL) untuk kembali aktif memainkan peranan menjaga kebajikan kanak-kanak di Wilayah Persekutuan Labuan.

Program yang bermula jam 10 pagi itu menampilkan barisan kepimpinan PJKKKL yang diketuai Minggu Amat selaku Pengerusi dan Asisten Superintendan Dorarin Guanoi selaku Timbalan Pengerusi.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan berkata, program hari ini melaksanakan serahan kit makanan kepada 15 kanak-kanak golongan bersasar.

Katanya, mereka yang terpilih adalah membabitkan pelajar tingkatan enam dan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19.

“Program ini kembali diadakan ini seleps Wilayah Persekutuan Labuan diumumkan berada dalam fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Aktiviti kali ini berbentuk serahan kit barangan makanan kepada para penerima secara pandu lalu di hadapan perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan,” katanya.

Turut hadir pada program berkenaan adalah ahli pasukan PKKKL iaitu Bonnie Tyler Suru dan Abd Fattah Abd Hafiz.

Menurutnya, program berkenaan turut menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan kibaran jalur gemilang ketika penyerahan kit makanan kepada penerima oleh Pengerusi PKKKL.

“Semangat ditunjukkan Jabatan Pendidikan W.P. Labuan (JPWPL) membantu merealisasikan aktiviti yang berlangsung hari ini.

“Kerjasama erat JPWPL dan PKKKL ini dapat memberi suntikan semangat kepada para penerima untuk belajar dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|