Tawau: Tiga rumah setinggan di kawasan Taman Air Panas, Jalan Air Panas, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan 4.02 petang dan seramai 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejarkan ke lokasi.
Antara rumah setinggan yang musnah dalam kebakaran petang tadi.
“Kebakaran membabitkan tiga rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.
“Operasi terkawal pada 4.13 petang dan setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Anggota bomba memadam api dalam kebakaran rumah setinggan di kawasan Taman Air Panas, Jalan Air Panas, Tawau. Pix ihsan Bomba
Menurutnya, operasi pemadam masih dijalankan dan maklumat akan di kemas kini dari semasa ke semasa.
-Deasoka