Tawau: Seramai 193 warga Indonesia yang sudah menjalani hukuman undang-undang kerana pelbagai kesalahan dihantar pulang ke negara asal melalui jalan laut, kelmarin.
Semua mereka dihantar pulang menggunakan dua feri dari Jeti Feri Penumpang (JFP) Tawau ke Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia.
Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Heni Hamidah berkata, pihaknya mengambil inisiatif membantu warganya untuk pulang ke kampung mereka.
Katanya, mereka yang dihantar pulang terdiri dari 144 lelaki, 40 wanita dan sembilan kanak-kanak yang kebanyakkannya adalah pendatang tanpa izin (PATI) sudah melengkapkan suntikan vaksin dan layak untuk dihantar pulang.
Feri yang digunakan bagi menghantar semua warga Indonesia selepas selesai menjalankan hukuman.
“Semua mereka adalah tahanan yang baharu selesai menjalani hukuman undang-undang kerana pelbagai kesalahan.
“Semua mereka yang dihantar pulang itu juga sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif,” katanya.
Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau turut membuat Surat Perjalanan Laksana Paspot (SPLP) kepada kerajaan Malaysia bagi melancarkan penghantaran pulang berkenaan.
Mereka juga akan menjalani proses imigresen dan kesihatan sebelum dihantar ke daerah asal masing-masing.
-Deasoka