11 cedera, van bertembung dengan pacuan empat roda

11 cedera, van bertembung dengan pacuan empat roda

Ranau: Seramai 11 penumpang cedera selepas van dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Poring, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, kemalangan van jenis Toyota Hiace berkenaan dilaporkan bertembung dengan sebuah Isuzu DMax itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan.

Mangsa yang cedera diberi rawatan awal. Pix Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

Keadaan kemalangan membabitkan van dan pacuan empat roda di Jalan Poring, Ranau. Pix Ihsan Bomba

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, semua mangsa mengalami kecederaan dan pasukan bomba terus membantu memberikan rawatan awal.

“Manakala dua lagi mangsa terus dihantar ke Hospital Ranau menggunakan EMRS selepas didapati berada dalam keadaan parah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|