100 peratus anggota Armada Timur TLDM sudah lengkap divaksin

100 peratus anggota Armada Timur TLDM sudah lengkap divaksin

Sandakan: Semua anggota Armada Timur, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah menerima vaksin sepenuhnya.

Penglima Armada Timur TLDM, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkata, bukan itu sahaja, malah semua ahli keluarga anggota TLDM markas berkenaan turut menerima vaksin sepenuhnya.

Katanya, anak-anak anggota TLDM yang berusia 12 hingga 17 tahun semua juga sudah mendapat suntikan imunisasi berkenaan sekurang-kuranya satu dos.

“Semua anggota Armada Timur TLDM sudah menerima vaksin seratus peratus termasuk keluarga. Yang belum seratus peratus lagi remaja dibawah 12 tahun.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan penutupan operasi Latihan Laut Timur (Ostex East) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya memberi penghargaan besar kepada semua anggota TLDM Armada Timur serta semua ahli keluarga mereka hingga kadar vaksinasi agensi berkenaan berjaya mencapai seratus peratus.

Sementara itu, Sabri berkata, dengan pencapaian kadar vaksin berkenaan, pihaknya berharap dapat menjalankan latihan Kerismas di laut China Selatan pada awal tahun hadapan.

Jelasnya, latihan berkenaan akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Latihan Kerismas adalah latihan ketenteraan TLDM yang terbesar diadakan setiap tahun.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|