Lahad Datu: Bukan sahaja membawa rokok tanpa cukai malah seorang penyeludup bertindak agresif apabila merempuh kenderaan anggota Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA). Bagaimanapun kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Rocco digunakan suspek berjaya ditemui bersama pelbagai rokok seludup dianggarkan bernilai RM110,208 namun pemandu kenderaan itu berjaya meloloskan diri.