Kota Kinabalu: Skuad bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah akan mengadakan dua perlawanan persahabatan di ibu negara sebagai persediaan bagi menghadapi kejohanan sebenar, 12 September depan. Skuad membabitkan 23 pemain dan tujuh pegawai itu dijangka akan berlepas ke Kuala Lumpur lebih awal iaitu pada 1 September ini untuk tujuan berkenaan.