SEMPORNA:Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan pakej khas langganan Internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk sekolah-sekolah di seluruh negara yang akan bermula pada 1 Julai 2024.
Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan tinjauan ke Projek Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Sabah di Menara Balimbang, Sekolah Kebangsaan Balimbang, Pulau Bum-Bum, Sabah yang menggunakan teknologi Free-Space Optic Communication (FSO) bagi menghubungkan jalur lebar antara Semporna dengan Pulau Bum- Bum.
Fahmi berkata, pakej khas melalui pelaksanaan projek PoP ini akan menawarkan
Internet berkelajuan tinggi lebih stabil berbanding talian mudah alih dengan harga lebih murah yang tersedia untuk langganan Kementerian Pendidikan Malaysia.
“PoP turut dilaksanakan untuk menyediakan infrastruktur gentian optik di kediaman,
premis perniagaan, komersial dan industri serta penyelenggaraan infrastruktur
gentian optik,jarak liputan PoP ialah kira-kira 2.5 hingga 3 kilometer radius bagi setiap sekolah terpilih”
“Sebanyak 437,000 premis akan menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi
menjelang akhir 2025 menerusi pembinaan Rangkaian Hab Gentian Optik PoP di
bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),”katanya.
Menurutnya,pelaksanaan untuk membina 4,323 PoP di kawasan berhampiran sekolah luar bandar
yang melibatkan sebanyak RM4.6 bilion ini dibahagikan kepada dua fasa.
Fasa pertama melibatkan 677 PoP yang telah bermula pada 2021 hingga kini. Fasa kedua
pula melibatkan 3,693 PoP yang dilaksanakan dari 2022 hingga 2025.
Projek tersebut juga meliputi kawasan industri iaitu sebanyak 47 tapak projek PoP di
Malaysia.
“Projek dengan kos RM4.6 bilion ini dilaksanakan secara berfasa hingga 2025,merangkumi dua skop utama iaitu penyediaan infrastruktur dan penyediaan perkhidmatan pakej langganan jalur lebar talian tetap,” katanya.
Untuk rekod sebanyak 67 PoP Fasa 1 di negeri Sabah berjaya disiapkan hingga 18 April 2024 iaitu
melibatkan 59 PoP di kawasan sekolah yang dilaksanakan oleh syarikat Telekom Malaysia dan 8 PoP di kawasan perindustrian oleh syarikat VC Telecoms Sdn. Bhd.
Manakala bagi Fasa 2, sebanyak 636 PoP dalam peringkat pelaksanaan oleh syarikat
YTLC-SPYTL JV. Projek ini dijangka siap secara berperingkat di pelbagai zon menjelang akhir 2025 yang melibatkan kesalinghubungan digital berasaskan hab rangkaian gentian optik, terutamanya di kawasan luar bandar.
Turut hadir dalam lawatan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pegawai Pembangunan MCMC, Ir. Azizi A. Hadi Naib Presiden Eksekutif TM One, Shazurawati Abd Karim.