Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas pelbagai barangan kosmetik yang cuba diseludup masuk ke daerah ini tanpa kelulusan pihak berkuasa, semalam. Dalam operasi yang dijalankan di perairan laut Aji Kuning, Pulau Sebatik, di sini, berkenaan, semua barangan dirampas dianggarkan bernilai RM13,224. Pegawai Pemerintah PPM Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat