Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna terus komited dalam membanteras aktiviti penyeludupan apabila berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk rokok tidak bercukai dalam satu operasi awal pagi.
Pada jam lebih kurang 0400 pagi, sepasukan anggota PPM Semporna telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan di perairan Laut Balimbang, Semporna. Pasukan bertindak mengejar bot berkenaan sebelum suspek bertindak membuang beberapa objek ke laut.
Bot suspek kemudiannya melarikan diri ke kawasan cetek Laut Balimbang sebelum menuju ke arah Laut Tanjung Manimpa dan berjaya melepaskan diri.
Hasil pemeriksaan ke atas barang yang dibuang mendapati terdapat dua (02) karung guni yang mengandungi anggaran sebanyak 400 kotak rokok jenama LASA warna putih, dipercayai tidak bercukai.
Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak 8,000 batang rokok dengan nilai anggaran RM9,600.00.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Polis Diraja Malaysia menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan pelanggaran undang-undang negara.
