KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu
Sabah (PBS) di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, di sini pada Selasa.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti
Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden
PBS,Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili bersama pemimpin kanan parti
itu serta GRS.
Selain menikmati jamuan Aidilfitri, tetamu turut disajikan dengan pelbagai pengisian menarik
termasuk persembahan gambus dan nyanyian, persembahan khas, penyampaian sumbangan
kepada anak-anak yatim serta acara memotong kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri
PBS.
