YKN sumbang RM300 ribu Bantuan Bencana Banjir Sabah

YKN sumbang RM300 ribu Bantuan Bencana Banjir Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini menerima BANTUAN BENCANA BANJIR SABAH 2025 daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sebanyak RM300,000.


Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima sumbangan itu daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Pengerusi YKN di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.


Hajiji bagi pihak kerajaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YKN atas keprihatinan membantu mangsa bencana banjir di negeri ini.


Menurut Nancy, bantuan yang diserahkan ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa bencana di negeri Sabah serta memastikan mereka mendapat sokongan yang diperlukan dalam usaha pemulihan.


Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup, Datuk Armizan Ali, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Che Murad Sayang
Ramjan, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Raya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron.


Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|