Umat Islam di Sabah diseru terus kukuh perpaduan, silaturahim di bulan Ramadan: Salleh

Umat Islam di Sabah diseru terus kukuh perpaduan, silaturahim di bulan Ramadan: Salleh

PAPAR: Umat Islam di negeri ini diminta supaya mengikat dan memperkuat ukhuwah silaturahim sesama khususnya di bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, selain daripada keberkatan ibadah, Ramadan juga menjadi kekuatan kepada umat Islam membina serta memperkukuhkan saf perjuangan demi masa depan rakyat dan negeri.

Jelas beliau, kekuatan politik umat Islam amat penting dan ianya hanya wujud sekiranya kesemua pihak memain peranan dengan bersatu dan tidak berpecah.
“Sejarah politik Sabah telah membuktikan bahawa perpecahan tidak pernah membawa keuntungan. Sebaliknya, ia melemahkan suara dan kedudukan kita,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis bersama rakyat di Pengalat, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi, Ketua UMNO Bahagian Penampang Datuk Hasnol Datuk Ayub, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu Sharif Musa bersama barisan kepimpinan tempatan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Salleh pada masa sama menekankan bahawa isu perpaduan juga amat memainkan peranan di kalangan umat Islam di negeri ini yang dikenali hidup dalam suasana harmoni dan saling hormat menghormati sejak dari zaman terdahulu.

“Sabah adalah contoh terbaik perpaduan antara kaum di negara ini. Perpaduan ini harus terus dipelihara. Pada masa yang sama, umat Islam perlu berada dalam arus politik negara agar suara kita terus didengari dan dihormati,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|