RM75.5 juta untuk 13 inisiatif bantuan pendidikan tahun 2025

RM75.5 juta untuk 13 inisiatif bantuan pendidikan tahun 2025

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM75.5 juta pada tahun 2025 bagi melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah,persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah di dalam dan luar negara.


Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara inisiatif yang telah dilaksanakan dan diteruskan lagi pada tahun ini adalah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI ), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Insan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI ).


Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS), Bantuan Insan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS), Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) dan Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRSSUBFLY).


Beliau berkata, untuk inisiatif BUDI sahaja, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta dengan sasaran 10,000 pelajar, manakala BAKTI sebanyak RM8 juta dengan sasaran 40,000 pelajar, pada tahun ini.


“Semua ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini”, katanya pada Majlis Pelancaran Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) di Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya pada Khamis.


Hajiji berkata, Kerajaan juga telah memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Sumbangan Kegiatan Sekolah Secara One Off (SUKSES) kepada semua sekolah di seluruh Sabah.


Bantuan sebanyak RM 3,000.00 diberikan kepada setiap sekolah bagi menjalankan aktiviti atau pembelian lain-lain keperluan sekolah.


Selain itu katanya, kerajaan negeri telah menambah dana Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) daripada RM51 juta kepada RM128 juta pada tahun 2025.


“Dengan pertambahan yang berlipat kali ganda itu, disamping beberapa lagi insentif pendidikan yang lain, diharapkan lebih ramai anak-anak Sabah akan berpeluang menerima bantuan kemudahan pendidikan, terutama mereka yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada di dalam atau ke luar negara,  termasuk pengajian dalam bidang agama atau pengajian Islam”, katanya.

Katanya, beliau telah mengumumkan bantuan subsidi GRS-SUBFLY kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan awasta yang menuntut di
Semenanjung, Sawarak dan Labuan dengan sumbangan sebanyak RM600 seorang dengan perbelanjaan keseluruhan melebihi RM10 juta.

Menurutnya, sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan sentiasa mendengar keluhan
rakyat, pelajar-pelajar Sabah yang menuntut di IP awam dan swasta di dalam Sabah juga tidak dilupakan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|