PMX sahkan PH-BN kerjasama dengan GRS

PMX sahkan PH-BN kerjasama dengan GRS

TAWAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan gabungan PH-BN akan bekerjasama dengan parti tempatan, GRS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun ini.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam lawatan kerjanya di Tawau, pada Ahad.

“Kita datang ke sini supaya ada kesepakatan di antara GRS, PH dan juga BN, itu keputusan PKR dan juga PH.

“Ada juga beberapa kenyataan yang dianggap berbeza, sebenarnya perbincangan itu hanya antara PH dan BN, kesepakatan itu dibincang pada peringkat itu.

“Tetapi dalam mesyuarat itu saya bincangkan, bahawa saya akan ke Tawau (Ahad) dan akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Hajiji Noor supaya kesepakatan ini lebih luas, ” katanya.

Terdahulu pada Jumaat lalu, Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan bersama mengumumkan kesepakatan PH dan BN untuk berkerjasama dalam PRN akan datang.

Bagaimanapun, GRS kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa parti pemerintah itu bersedia bertanding secara solo sekiranya gabungan PH/BN tidak menepati aspirasi tempatan.

Kredit gambar (Facebook Anwar Ibrahim)

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|