Kuala Lumpur: Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, jam 7.10 malam tadi.
Memetik kepada pautan Instagram menantu Allahyarham yang merupakan ahli politik dan mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengesahkan khabar duka berkenaan.
Allahyarham Tun Abdullah yang juga lebih mesra dengan panggilan Pak Lah merupakan Perdana Menteri ke-lima dan dilantik pada 31 Oktober 2003.
Pak Lah menjawat jawatan nombor satu negara itu selama enam tahun sebelum meletak jawatan pada 2009 dengan potfolionya digantikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.
(Kredit gambar Facebook Abdullah Badawi)
Deasoka