Kerajaan Negeri cadang bina banyak perumahan kos rendah

Kerajaan Negeri cadang bina banyak perumahan kos rendah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina lebih banyak perumahan kos rendah bagi memberi peluang kepada B40 untuk memperoleh rumah kediaman sendiri di seluruh negeri Sabah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Jocahim Gunsalam berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke Dua belas (RMK12), kerajaan melalui agensi pelaksananya Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) melaksanakan pembinaan perumahan kos rendah sebanyak 225 unit di lima lokasi strategik.


Katanya,  antaranya  50 unit dibina di Kemabong Tenom, 50 unit di Sukau Kota Kinabatangan manakala 50 unit di Melalap Tenom serta 25 unit di Beluran dan 50 unit di daerah Pitas.


“Secara keseluruhannya kesemua pembiayaan dikendalikan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri. Rumah akan dijual kepada golongan B40 berpendapatan rendah dengan harga RM47,000 seunit.


“Kerajaan Negeri melalui LPPB merancang membina lebih banyak lagi rumah kos rendah bagi menampung keperluan golongan B40 ini di dalam Rancangan Malaysia Ke Tiga belas (RMK13),” katanya.


Beliau menjawab soalan ADUN Dilantik, Datuk Suhaimi Nasir  bertanya, apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membina lebih banyak perumahan kos rendah yang mampu milik untuk B40 di seluruh negeri Sabah dalam sesi soal jawab Mesyuarat Pertama Penggeal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, di sini hari ini.


Jocahim merupakan Timbalan Ketua Menteri berkata, ketika ini Kerajaan Negeri dalam proses penyediaan kewangan di peringkat penyemakan serta kelulusan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah.


Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|