GRS dijangka bincang pengagihan kerusi

GRS dijangka bincang pengagihan kerusi

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka membuat keputusan mengenai pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, bagaikan masih berteka-teki, menegaskan belum ada keputusan muktamad berhubung perkara itu.

“Nanti kita buat keputusan, belum lagi, terima kasih,” katanya, dalam majlis pelancaran projek Penyimpanan Minyak Petroleum Dan Loji Penapisan Di Taman Perindustrian Minyak Dan Gas Sipitang (SOGIP), pada Selasa.

GRS dijangka mengadakan mesyuarat pada Ahad nanti di Kota Kinabalu.

GRS merangkumi lapan parti komponen iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|