Fasiliti Hospital Nabawan bakal tersenarai dalam Pelan Induk Perancangan Fasiliti Kesihatan RMKe-17

Fasiliti Hospital Nabawan bakal tersenarai dalam Pelan Induk Perancangan Fasiliti Kesihatan RMKe-17

KOTA KINABALU : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang menubuhkan fasiliti Hospital Nabawan dimasukkkan dalam Pelan Induk Perancangan Fasiliti Kesihatan dilaksanakan Rancangan Malaysia Ketujuh Belas (RMKe-17).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, ketika ini semua rawatan pesakit di daerah Nabawan akan diberikan melalui fasiliti di Klinik Kesihatan Nabawan sedia ada.

Katanya, ia termasuk Klinik Jenis Empat dikenal pasti berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi klinik lain di daerah Nabawan.

“Pada tahun 2019, skop perkhidmatan Klinik Kesihatan Nabawan sudah diperluaskan dengan penambahan Unit Hemodialisis.

“Selain itu ia merangkumi daripada Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD), Kesihatan Ibu dan Anak (MCH), Kecemasan, Radiologi (X-ray), Makmal Kesihatan Primer, Farmasi,  Pemakanan serta Perkhidmatan Jurupulih Perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, di sini hari ini.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|