UTem bakal dibina di Lahad Datu

UTem bakal dibina di Lahad Datu

LAHAD DATU: Hasrat untuk membina Institut Pengajian Tinggi di parlimen Lahad Datu bakal menjadi kenyataan di mana Pusat Pembelajaran Universiti Teknikal Melaka (UTem) akan dibina.

Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata iltizam dan tekad beliau tetap diteruskan.

“Perkara ini adalah iltizam dan tekad saya mahu mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi dalam parlimen kita ini yang telah saya mulakan ketika menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan kerja dan audit lokasi bagi cadangan penubuhan Pusat Pembelajaran Universiti Teknikal Melaka (UTeM) di Malaysian Palm Oli Board (MPOB) Lahad Datu semalam.

Menurutnya,tujuan utama lawatan kerja serta audit lokasi ini adalah untuk membincangkan cadangan penubuhan pusat pembelajaran bagi Projek Pesisir TVET/ MTUN selain memastikan kemudahan infrastruktur fizikal yang ada mampu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

“Kini ia tetap saya teruskan biarpun sudah berpindah ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,” ujarnya.

Menurutnya,sempena sambutan Hari Guru semalam ,kepentingan pusat pembelajaran ini adalah komitmen untuk memastikan lebih ramai anak-anak bangsa berpeluang mendapat akses kepada pendidikan tinggi yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada pasaran modal insan berkelas dunia serta berpendapatan tinggi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|