UT Indonesia jayakan program PkM dalam usaha tingatkan semangat iltizam para guru di FGV Sahabat, Lahad Datu

UT Indonesia jayakan program PkM dalam usaha tingatkan semangat iltizam para guru di FGV Sahabat, Lahad Datu

LAHAD DATU: Universiti Terbuka (UT) Indonesia mengadakan inisiatif murni dengan memberikan program galakan kepada kira-kira 40 guru dari CLC FGV Sahabat, di sini, baru-baru ini.

Inisiatif berkenaan adalah bertujuan memberikan latihan dan panduan kepada para peserta untuk meningkatkan iltizam mereka mendepani cabaran sebagai tenaga pengajar terutamanya berada di luar lingkungan komuniti bandar.

Program yang dikenal dengan “Teacherpreneur Program” ini, merupakan hasil kerja sama antara UT dan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) serta kerja sama UT, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universitas Mercu Buana (UMB).

Progam terbabit ini terdiri tenaga penceramah dan moderator daripada Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan iaitu Sucipto, M.Pd, Dr. Yati, M.Pd., Nisa A’rafiyah Tri Wulandari, M.Pd., dan Monika Handayani, M.Pd., serta beberapa wakil daripada Fakulti Ekonomi dan Bisnes, iaitu Diky Paramitha, S.E., M.Ak.

Selain itu, ianya ini juga didukung secara penuh oleh beberapa mahasiswa UT luar negeri di Malaysia.

Program yang bertopik Cultivating the Entrepreneurial Spirit of Teachers Through Teacherpreneur Program ini dihadiri oleh 40 guru dari CLC FGV Sahabat.

Para peserta diberikan pelatihan dan panduan tentang bagaimana mengembangkan jati diri di dalam dan di luar lingkungan kelas.

Dana untuk kegiatan ini diperoleh dari Dana Abadi Perguruan Tinggi (DAPT) melalui Program EQUITY, yang menunjukkan komitmen UT dalam mendukung inovasi dan pengembangan masyarakat melalui pendidikan.Kolaborasi berkenaan adalah di antara UT dan SIKK serta UT, UMS, dan UMB juga menunjukkan pentingnya kerjasama serantau dan lembaga dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.

Program pengabdian kepada masyarakat ini bukan hanya sekadar memberikan pengetahuan, tetapi juga bertujuan untuk membuka peluang baru bagi pertumbuhan dan pengembangan para guru sebagai individu yang berdaya saing di peringkat global.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|