KOTA KINABALU: Mendepani cabaran global dalam isu keganasan terhadap golongan wanita dan kanak-kanak, Universiti Terbuka (UT) Indonesia dengan kerjasama holistik Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Mercubuana (UMB) Jakarta telah melancarkan inisiatif program Pengabdian kepada Masyarakat (PkM) Antarabangsa.
Antara intipati dalam usaha mendepani cabaran itu, pihak penganjur mengadakan isentif bertajuk “The Violence Against Women and Children Prevention Program: A Microsystem Intervention”.
Diadakan di Community Learning Centre (CLC) Felda Global Ventures (FGV) Holdings Berhad Sahabat, Lahad Datu, lokasi tersebut menjadi pilihan susulan jumlah sasaran utama pekerja migran dari Indonesia yang berkerja di sektor perladangan dan komuniti setempat.
Dr. Sri Tatminingsih, M.Pd menjelaskan, “Intervensi berasaskan komunikasi sangat penting dalam menangani kekerasan terhadap perempuan dan anak-anak. Melalui pendidikan, kesedaran komuniti, dan sistem dukungan setempat, maka dapat risiko keganasan dan kekerasan dapat ditangani.
Program ini bertujuan untuk mengatasi kekerasan terhadap perempuan dan anak-anak melalui pendekatan yang menyasarkan peningkatan mikrosistem.
Intipati program ini menampilkan dua morderator sebagai penceramah iaitu Dr. Sri Tatminingsih, M.Pd dari Universitas Terbuka dan Mohd. Sobri Ismail, B.A., M.A dari Universiti Malaysia Sabah yang dilaksanakan secara maya.
Wakil lain yang terlibat dalam PKM Internasional ini yaitu Fitra Jaya, M.Pd., Noviana Mustapa, Ph.D., dan Nova Tri Prasetiyo, M.Pd.
Kedua morderator dan penceramah tersebut memberikan input diskusi penting secara mendalam tentang pentingnya kesedaran peserta dalam mencegah kekerasan dan impaknya kepada kesihatan mental.
Dalam sesi tersebut, penceramah pertama iaitu Dr. Sri Tatminingsih, M.Pd menjelaskan, “Intervensi berasaskan komunikasi sangat penting dalam menangani kekerasan terhadap perempuan dan anak-anak. Melalui pendidikan, kesedaran komuniti, dan sistem dukungan setempat, maka dapat risiko keganasan dan kekerasan dapat ditangani.
Sementara itu, Mohd Sobri dalam sesi ceramahnya turut menyoroti impak psikologi dari kekerasan dan pentingnya menciptakan lingkungan yang sihat dan sokongan.
“Kekerasan tidak hanya nampak secara luaran, tetapi juga iau memiliki kesan jangka panjang pada kesihatan mental mangsa. Melalui intervensi mikrosistem, kita dapat membantu menciptakan lingkungan yang lebih selamat dan sokongan bagi mereka yang terkesan,” katanya.
Mohd Sobri dalam sesi ceramahnya turut menyoroti impak psikologi dari kekerasan dan pentingnya menciptakan lingkungan yang sihat dan sokongan.
Terdahulu, program ini sepenuhnya disokong sepenuhnya oleh Dana Abadi Perguruan Tinggi (DAPT) melalui program EQUITY UT Indonesia.
Rangkaian kegiatan yang dilakukan mencakup lokakarya, seminar, dan aktiviti keterlibatan komuniti yang dirancang untuk memberdayakan pemimpin setempat, pendidik, dan pekerja sosial.
Salah seorang testimoni peserta yang dikenali sebagai Nazli mendedahkan, beliau amat menghargai intipati program yang memberi kesan terhadapnya dan amat mengambil maklum terhadap langkah-langkah berasaskan kesedaran komuniti supaya keganasan terhadap wanita, kanak-kanak dapat dibendung dalam bentuk komuniti setempat mereka di masa hadapan.
Deasoka