Usah perlekeh slogan Sabah Maju Jaya: Mazlan

Usah perlekeh slogan Sabah Maju Jaya: Mazlan

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Lumadan, Mazlan Manan menyifatkan slogan Sabah Maju Jaya yang dicanangkan oleh Kerajaan GRS-PH Plus tidak perlu diperlekeh kerana ianya misi utama membangunkan negeri ini.

Beliau berkata, maksud yang tersurat dan tersirat daripada slogan ini amatlah mudah di fahami dan di hadam oleh rakyat Sabah.

“Di tambah lagi slogan ini memang pun sudah ada tertera di dalam jata negeri Sabah.

“Slogan dan hala tuju Sabah Maju Jaya ini telah di polimekkan oleh pemain-pemain politik terutamanya pembangkang di negeri Sabah ini.

“Seruan dan niat ikhlas pimpinan kerajaan hari ini untuk memartabatkan slogan Sabah maju jaya ini ke dalam kehidupan setiap pentadbiran kerajaan dan rakyat negeri ini telah diperkotak katikkan oleh pemimpin pembangkang dengan niat mahu menjatuhkan imej dan kradebiliti kerajaan Sabah pada hari ini terutamanya Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Jelas beliau, Kerajaan GRS pada hari ini hanyalah berusia tiga tahun dan sebahagian dari tempoh itu juga adalah di bawah pimpinan pemimpin pembangkang pada hari ini, apabila niat mereka menggangu gugat kestabilan politik Sabah di awal tahun 2023 tidak tercapai.

“Ini seterusnya membawa cerita kegagalan kepada orang lain dan tidak mengakui kesilapan dan kekurangan diri.

“Sebahagian besar pemimpin pembangkang Sabah pada hari ini juga mengetahui akan halangan dan kekangan yang memang ada dalam kita membawa kemajuan yang lebih kepada negeri Sabah.

“Tetapi atas faktor kerakusan politik dan niat tidak ikhlas untuk Sabah, mereka sanggup mengadu domba serta menghasut pimpinan dan rakyat sabah untuk mencapai niat politik mereka untuk terus memporak porandakan kestabilan politik Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, dalam merangka halatuju dan misi kerajaan Sabah pada hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan pimpinan kerajaan Sabah bukanlah ahli silap mata atau pun pak nujum yang mampu untuk mengwujudkan sebuah perubahan sekelip mata dan sekilas mata memandang.

Kerangka halatuju dan misi ini telah di susun sebaiknya agar Sabah dapat mencapai kemajuan yang lebih baik dan terjamin untuk hari esok dan masa depan.

“Dalam tempoh 3 tahun kerajaan GRS ini, pelbagai halangan dan rintangan yang telah di hadapi termasuklah pandemik covid-19 yang telah banyak merencatkan pembangunan dan misi kerajaan.

“Namun demikian, dalam tempoh itu jugalah sudah banyak perancangan dan kejayaan yang mampu di hasilkan kerajaan sabah pimpinan Hajiji.

“Peningkatan pendapatan negeri Sabah yang melebihi rekod pendapatan mana-mana kerajaan Sabah sebelum ini, hasil perundingan dengan kerajaan persekutuan dan kelantangan kerajaan Sabah juga menghasilkan peningkatan pemberian khas tahunan kerajaan persekutuan kepada Sabah sebanyak RM300 juta, “katanya.

Jelas beliau, perundingan yang baik bersama Petronas, kelantangan dan ketegasan kerajaan negeri dalam berunding juga telah menghasilkan pelbagai perkara telah dipersetujui oleh Petronas kepada kerajaan Sabah.

“Konsep mesra pelabur yang diperkenalkan oleh YAB KM dan kerajaan Sabah juga telah membawa kemasukan pelbagai syarikat-syarikat besar dunia untuk membuat pelaburan di Sabah dengan mencipta pelbagai peluang pekerjaan kepada anak Sabah seperti syarikat Kibing, SK Nixilis, Esteel dan Linaco.

“Dengan kejayaan penghasilan pendapatan negeri yang baik pada hari ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk kegunaan dan kemajuan rakyat Sabah terutamnya di bidang pendidikan. Seperti bantuan one off kepada semua pelajar-pelajar IPTA dari golongan B40, bantuan komputer kepada pelajar, bantuan kewangan kepada pelajar SPM dan STPM Sabah.

“Kerajaan Sabah juga telah memperkenalkan skim Rumah SMJ untuk membantu lebih ramai rakyat miskin di Sabah memiliki rumah dengan setiap tahun sebanyak 20 buah rumah diperuntukkan untuk setiap DUN.

“Dan dalam belanjawan tahun ini juga. Jumlah peruntukan biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada anak-anak Sabah yang belajar di IPT telah di naikkan demi membantu anak-anak sabah memperolehi pendidikan lebih baik dan membawa lebih banyak kemajuan kepada Sabah,” katanya lagi.

Tambah Mazlan, pelbagai lagi inisiatif dan perancangan kerajaan Sabah pada hari ini untuk dilaksanakan demi pembangunan dan kemakmuran Sabah di masa depan. Kestabilan politik dan kejujuran pimpinan dalam membawa kemajuan kepada Sabah amatlah penting.

“Kita yakin dan percaya atas kematangan dan pertimbangan yang wajar, rakyat Sabah akan terus memberikan sokongan dan berdiri teguh bersama pimpinan kerajaan pada hari ini.

“Hanya dengan kestabilan dan kekukuhan politik dan kerajaan yang boleh membawa lebih banyak kemajuan kepada Sabah dan rakyatnya”katanya.

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|