TYT terima kunjungan hormat Speaker DUN

TYT terima kunjungan hormat Speaker DUN

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M.Yahya di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu pada Selasa.

Kunjungan hormat itu bertujuan menjemput Tun Juhar untuk menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ke 5 DUN Sabah yang akan diadakan pada pagi 18 April depan dan seterusnya ke Majlis Jamuan Tengah Hari, yang diadakan pada hari yang sama.

Turut hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Timbalan-Timbalan Speaker DUN, Datuk Al Hambra Tun Juhar dan Datuk Richard Yong We Kong serta Setiausaha DUN, Rafidah Maqbool.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|