Suami isteri miliki syabu dicekup

Suami isteri miliki syabu dicekup

PENAMPANG: Sepasang suami isteri dicekup polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 466.07 gram dalam dua serbuan berasingan di Putatan dan Penampang, baru-baru ini.

Kedua-dua suspek berusia 41 dan 34 tahun itu turut disyaki positif dadah jenis ganja ketika tangkapan dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, berdasarkan siasatan awal, dadah syabu berkenaan dianggarkan bernilai RM16,000.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) penampang telah berjaya membuat tangkapan ke atas sepasang suami isteri warga tempatan dan merampas dadah
dianggarkan bernilai RM16,000.00 dalam dua operasi berbeza di Putatan, Penampang.

“Hasil daripada tangkapan pertama seorang lelaki, 41 tahun telah berjaya membawa kepada tangkapan kedua iaitu seorang wanita, 34 tahun dan menjumpai satu peket plastik lutsinar yang telah disembunyikan berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu
seberat 466.07 gram.

“Pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua saspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (thc), ” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali dan kes juga turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis menyarankan masyarakat supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah,”katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|