Lori simen terbalik, lelaki maut

Lori simen terbalik, lelaki maut

TAWAU: Seorang lelaki maut apabila lori simen yang dipandunya terbabas lalu terbalik di bahu jalan Jalan Loji Cinta Mata Gate Merah Table Tawau pagi tadi.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah (JBPM), pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 9.53 pagi.

Seramai lapan orang anggota BBP Tawau diketuai oleh PBK II KUP Syed Muhd Rudaifi bergegas ke lokasi kemalangan dan mendapati mangsa tersepit dan pihak bomba mengeluarkan mangsa tersebut.

Operasi ditamatkan pukul 11.35 pagi, mangsa berusia 40 tahun dan disahkan meninggal di lokasi.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|